"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Tuesday, November 17, 2015

Konvokesyen PPKI SK Bagan Serai 2015

Buat tahun ke 2 berturut-turut acara konvokesyen telah diadakan untuk murid yang akan menyambung pelajaran ke sekolah menengah pada tahun hadapan.
   Sebanyak 11 orang murid telah diraikan dalam majlis yang berlangsung secara kecilan tapi meriah dan penuh warna-warni ini. Kehadiran pegawai PPD iaitu Tuan Mohd Fadli bin Tuan Abdullah serta barisan pentadbir SK Bagan Serai telah dapat menyerikan lagi majlis ini walaupun kekangan masa yang padat dengan majlis dan aktiviti yang lain.
   Sebagai guru yang pernah mengajar mereka, terasa begitu cepat masa berlalu sehingga sudah sampai masanya mereka ini pergi menyambung pelajaran ke sekolah menengah pula pada tahun hadapan. Sungguh cepat mereka ini membesar dan terasa sangat cikgu semakin berusia.
   Sesungguhnya mereka yang diraikan ini adalah antara produk PPKI SK Bagan Serai yang terbaik ibarat permata yang bersinar kerana telah membuktikan kemampuan mereka di persada daerah,negeri dan kebangsaan. Banyak suka duka, kenangan manis, pahit getir dalam mendidik mereka serta berjaya dalam pelbagai aktiviti sepanjang berada di PPKI SK Bagan Serai.
   Tiada apa yang diharapkan selain mereka dapat terus menyumbang pula bakat dan kebolehan mereka semasa di sekolah menengah agar menjadi insan berkeyakinan tinggi dan boleh berdikari dimasa hadapan.
   Sesunguhnya segala kenangan bersama mereka akan dijadikan sebagai "Kenangan Terindah" buat kita kerana hidup perlu diteruskan dan masa akan terus berlalu pergi meninggalkan kita. Terima kasih kepada Zul, Salman, Fitri, Haikal, Pavi, Husna, Solleh, Bazilah,Indah, Din dan Ayong kerana hadir memeriahkan hidup warga PPKI SK Bagan Serai Selama ini.


"Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan

Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah"
(Lirik lagu Kenangan Terindah dari kumpulan Samson)











0 comments:

Post a Comment