"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Taiping with love

Lawatan ke Aeon Mall Taiping menggantikan lawatan asal ke Kilang Spritzer kerana jerebu yang teruk.

Merentas Desa

Murid menyertai larian merentas desa sekolah.

Hari Sukan Negara

Guru-guru menyertai aktiviti semasa Hari Sukan Negara 2015

Sambutan Hari Raya 2015

Semua guru dan ppm ceria serta bergaya dengan baju raya masing-masing.

Aktiviti semasa di Aeon Taoping Mall

Murid melakukan aktiviti mewarna semasa berada di kidzoona Aeon Taiping Mall.

Tuesday, November 17, 2015

Konvokesyen PPKI SK Bagan Serai 2015

Buat tahun ke 2 berturut-turut acara konvokesyen telah diadakan untuk murid yang akan menyambung pelajaran ke sekolah menengah pada tahun hadapan.
   Sebanyak 11 orang murid telah diraikan dalam majlis yang berlangsung secara kecilan tapi meriah dan penuh warna-warni ini. Kehadiran pegawai PPD iaitu Tuan Mohd Fadli bin Tuan Abdullah serta barisan pentadbir SK Bagan Serai telah dapat menyerikan lagi majlis ini walaupun kekangan masa yang padat dengan majlis dan aktiviti yang lain.
   Sebagai guru yang pernah mengajar mereka, terasa begitu cepat masa berlalu sehingga sudah sampai masanya mereka ini pergi menyambung pelajaran ke sekolah menengah pula pada tahun hadapan. Sungguh cepat mereka ini membesar dan terasa sangat cikgu semakin berusia.
   Sesungguhnya mereka yang diraikan ini adalah antara produk PPKI SK Bagan Serai yang terbaik ibarat permata yang bersinar kerana telah membuktikan kemampuan mereka di persada daerah,negeri dan kebangsaan. Banyak suka duka, kenangan manis, pahit getir dalam mendidik mereka serta berjaya dalam pelbagai aktiviti sepanjang berada di PPKI SK Bagan Serai.
   Tiada apa yang diharapkan selain mereka dapat terus menyumbang pula bakat dan kebolehan mereka semasa di sekolah menengah agar menjadi insan berkeyakinan tinggi dan boleh berdikari dimasa hadapan.
   Sesunguhnya segala kenangan bersama mereka akan dijadikan sebagai "Kenangan Terindah" buat kita kerana hidup perlu diteruskan dan masa akan terus berlalu pergi meninggalkan kita. Terima kasih kepada Zul, Salman, Fitri, Haikal, Pavi, Husna, Solleh, Bazilah,Indah, Din dan Ayong kerana hadir memeriahkan hidup warga PPKI SK Bagan Serai Selama ini.


"Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan

Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah"
(Lirik lagu Kenangan Terindah dari kumpulan Samson)











Sunday, November 15, 2015

KJAS 2015

Pada 13(Juma'at) dan 14(Sabtu) November 2015yang lalu telah diadakan Program Kem Jejak Anak Soleh PPKI Sk Bagan Serai di Kem Perasa Changkat Jering. Objektif kem ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan murid dalam melakukan wuduk dan solat yang betul.
   Kem ini diketuai oleh Cikgu Amin sebagai Kem Komandannya dan Cikgu Tijah sebagai Timbalan kem Komandan. Program yang dirangka oleh Ustaz Ahmad Zailanie dan Cikgu Fasihah bertujuan menjadikan kemenjadian diri murid lebih terserlah melalui pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah.
   Pelbagai aktiviti dibuat bagi memenuhi masa program kem ini yang berlangsung 2 hari 1 malam. Sebanyak 25 murid-murid PPKI SK Bagan Serai dan seluruh warga PPKI SK Bagan Serai berkampung di Kem Perasa bagi menjayakan setiap aktiviti.
   Semoga hasil kerja semangat berpasukan ini mampu memberikan hasil di masa hadapan.








Thursday, November 12, 2015

PPKI Kerian Got Talent 2015

Tahniah kepada pasukan PPKI SKBS dibawah pimpinan Cikgu Muiz dan pasukannya yang tanpa diduga menjadi johan untuk peringkat sekolah rendah PPKI. Jelas idea unik dan risiko yang diambil berbaloi walaupun didakwa mereka kurang latihan dan kurang memberi penumpuan semasa latihan.
   Tidak mudah membimbing sebuah pasukan yang terdiri dari murid-murid pendidikan khas ini. Perlu banyak kesabaran dan pendekatan psikologi dalam membimbing mereka agar terus berminat dan fokus semasa latihan. Dengan tidak mengenal penat lelah, tanpa jemu tetap melatih mereka pada masa petang dan cuti membuktikan cabaran yang perlu dihadapai dalam menghasilkan sebuah kejayaan.
   Kejayaan yang hadir ini menutup deretan kejayaan yang telah di capai oleh anak murid PPKI SK Bagan Serai pada tahun ini di Daerah Kerian. Ini kerana pertandingan PPKI Kerian Got Talent ini merupakan program penutup untuk PPKI Daerah Kerian pada tahun ini.
   Tahun yang cemerlang dan gemilang untuk warga PPKI SK Bagan Serai. Syabas.




Wednesday, November 4, 2015

PPKI SKBS Got Talent

Memandangkan minggu pepriksaan akhir tahun telah berakhir, maka suatu aktiviti yang mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah perlu diadakan.
   Dengan daya usaha dari Cikgu Izan dan pasukan pemikirnya, maka lahirlah aktiviti Program PPKI SKBS Got Talent. Terdapat beberapa acara yang diadakan iaitu 'Jom Sukan','Saintis Muda','Master Chef','English is Fun','Mertabatkan Bahasa','Sinar Matematik', 'Jom Solat Duha' dan 'Celik Iqra'.
   Objektif aktiviti ini diadakan bagi mencungkil bakat terpendam murid serta mengembangkan lagi sahsiah murid. Pelbagai gelagat murid dapat dilihat sepanjang aktiviti ini diadakan. Yang pasti mereka merasa seronok dan terpampang wajah penuh kegembiraan .
   Syabas..

















Tuesday, November 3, 2015

Kem Bestari Solat PPKI Daerah Kerian 2015

Kem ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam di Pusat Kecemerlangan PPD Daerah Kerian(di SK Wawasan) pada 2 dan 3 Oktober  2015.
   Pengisian kem ini adalah seperti rukun dan pekara sunat ketika wuduk, mengambil wuduk yang betul, rukun solat, pekara yang membatalkan solat serta cara solat yang betul.
   PPKI SK Bagan Serai telah diwakili oleh adik Farhan, adik Zulkifli, adik Salman dan adik Fitri. Memandangkan PPKI SK Bagan Serai diminta untuk membuat persembahan nasyid untuk majlis penutup, maka 4 orang lagi murid iaitu adik Rizal, adik Faiz, adik Zamarul serta adik Ridzuan dibawa masuk pada malam pertama kem bagi memudahkan latihan.
   Pasukan nasyid ini yang telah menjuarai Pertandingan Nasyid PPKI Peringkat Negeri Perak 2015, dilihat begitu sibuk memenuhi undangan persembahan pada tahun ini.
   Tahniah Pasukan Nasyid PPKI SK Bagan Serai yang dilatih oleh Cikgu Seha, Cikgu Tijah, Cikgu Sue dan Ustaz Ahmad Zailanie kerana begitu cemerlang dan gemilang pafa tahun ini. Terima kasih juga buat warga PPKI SK Bagan Serai yang lain yang memberi sokongan penuh, kata-kata semangat, buat semua PPM dalam memberi bantuan semasa menyediakan pakaian nasyid.