"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Tuesday, November 3, 2015

Kem Bestari Solat PPKI Daerah Kerian 2015

Kem ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam di Pusat Kecemerlangan PPD Daerah Kerian(di SK Wawasan) pada 2 dan 3 Oktober  2015.
   Pengisian kem ini adalah seperti rukun dan pekara sunat ketika wuduk, mengambil wuduk yang betul, rukun solat, pekara yang membatalkan solat serta cara solat yang betul.
   PPKI SK Bagan Serai telah diwakili oleh adik Farhan, adik Zulkifli, adik Salman dan adik Fitri. Memandangkan PPKI SK Bagan Serai diminta untuk membuat persembahan nasyid untuk majlis penutup, maka 4 orang lagi murid iaitu adik Rizal, adik Faiz, adik Zamarul serta adik Ridzuan dibawa masuk pada malam pertama kem bagi memudahkan latihan.
   Pasukan nasyid ini yang telah menjuarai Pertandingan Nasyid PPKI Peringkat Negeri Perak 2015, dilihat begitu sibuk memenuhi undangan persembahan pada tahun ini.
   Tahniah Pasukan Nasyid PPKI SK Bagan Serai yang dilatih oleh Cikgu Seha, Cikgu Tijah, Cikgu Sue dan Ustaz Ahmad Zailanie kerana begitu cemerlang dan gemilang pafa tahun ini. Terima kasih juga buat warga PPKI SK Bagan Serai yang lain yang memberi sokongan penuh, kata-kata semangat, buat semua PPM dalam memberi bantuan semasa menyediakan pakaian nasyid.







0 comments:

Post a Comment