"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Taiping with love

Lawatan ke Aeon Mall Taiping menggantikan lawatan asal ke Kilang Spritzer kerana jerebu yang teruk.

Merentas Desa

Murid menyertai larian merentas desa sekolah.

Hari Sukan Negara

Guru-guru menyertai aktiviti semasa Hari Sukan Negara 2015

Sambutan Hari Raya 2015

Semua guru dan ppm ceria serta bergaya dengan baju raya masing-masing.

Aktiviti semasa di Aeon Taoping Mall

Murid melakukan aktiviti mewarna semasa berada di kidzoona Aeon Taiping Mall.

Monday, October 26, 2015

Peperiksaan AKhir Tahun 2015

Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi murid-murid PPKI SK Bagan Serai. Suasana di PPKI SK Bagan Serai agak senyap dan terkawal. Semua murid bersunguh-sungguh untuk menjawab soalan peperiksaan yang disediakan guru.
   Pada ketika ini, murid diingatkan agar hadir ke sekolah setiap hari untuk menjawab peperiksaan. Murid juga dinasihatkan agar menjaga kesihatan dan mendapat rehat serta tidur yang cukup. Dengan keadaan jerebu yang hampir baik, suasana peperiksaan akan menjadi lebih efektif dan selesa.
   Selamat menjawab peperiksaan.


Tuesday, October 20, 2015

Pre-Hari Sukan Sekolah 2105

Pada pagi tadi hari Selasa bersamaan 20 Oktober 2015 jam 8.30 pagi telah diadakan pre-Hari Sukan Sekolah 2015 untuk murid pendidikan khas PPKI SKBS.
   Antara cara yang diadakan ialah lari berhalangan berpasukan, melontar bola berpasukan dan lari 200 meter untuk murid kelas 5A.












Yahoo....

Akhirnya setelah melalui pelbagai masalah dan kesukaran, maka PPKI SKBS telah berjaya berkongsi internet YES dari sekolah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PKG dan Cikgu Ramli yang mengambil berat masalah kami selama ini,
   Diharapkan kehadiran perkongsiaan internet ini dapat memudahkan kami warga PPKI SKBS menggunakan sistem online yang mesti di pakai sekarang seperti sistem kehadiran, sistem HRMIS dan sebagainya.
   Buat warga PPKI SKBS dapatlah menggunakan kemudahan ini secara bijaksana dan berhemah. Selamat meng"google" dan ber"yahoo".

Peralatan terlibat dalam memasang internet ke PPKI SKBS

Test kelajuan internet Pendidikan Khas 1.

Test kelajuan internet Pendidikan Khas 2 pula.

Sunday, October 18, 2015

Terbaiklah...adik Zamarul dan Cikgu Muiz

Pada 16 dan 17 Oktober 2015 bertempat di SK Titi Serong, telah diadakan Kem Jatidiri Pengakap PPKI Kerian 2015. Pasukan pengakap dari PPKI SKBS telah diwakili oleh Haikal, Fitri, Zamarul dan Solehuddin.
   Cikgu Muiz dari PPKI SK Bagan Serai juga telah dilantik untuk menjadi Kem Komandan semasa kem ini dijalankan. Ini merupakan kali ke dua berturut-turut kem komandan untuk Kem Jatidiri Pengakap PPKI Kerian dari SK Bagan Serai setelah Cikgu Badrul Hisham(sekarang mengajar di SK Sungai Kepar) juga menjadi kem komandan pada tahun lepas.
  Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang kem 2 hari satu malam dilaksanakan. Antaranya ialah mendirikan khemah, LDK, senamrobik, kuliah mahgrib dan solat berjemaah, pertandingan memasak sandwich, dan aktiviti stesen. Penyertaan murid PPKI dari seluruh sekolah di daerah Kerian ini juga amat menggalakkan disamping bantuan dari guru-guru PPKI daerah Kerian.
   Tahniah diucapkan kepada adik Zamarul kerana terpilih sebagai tokoh pengakap sekolah rendah. Beliau juga merupakan ahli pasukan nasyid pasukan Negeri Perak. Diharapkan beliau akan lebih menonjolkan diri lagi dalam pelbagai bidang di masa hadapan kerana PPKI SKBS akan kehilangan ramai permata-permata istimewa yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pada tahun 2016.
   Buat Cikgu Muiz yang mempunyai pelbagai bakat dan kepimpinan yang tinggi, teruskan usaha dalam menjadi guru pendidikan khas yang terbaik(sehingga peringkat kebangsaan pula) dalam berkongsi idea dan mendidik anak-anak istimewa PPKI SK Bagan Serai. Anda percaya, anda berjaya.PPKI SKBS memang terbaiklah...








Friday, October 16, 2015

Pre-Kejohanan Sukan Sekolah 2015

Cepat betul masa berlalu hingga hari persekolahan telah melalui bulan Oktober. Begitu banyak aktiviti sekolah dan pendidikan khas yang telah diadakan dengan jayanya. Seronok apabila dapat melihat penglibatan murid dalam semua aktiviti yang diadakan.
   Salah satu aktiviti wajib yang diadakan setiap tahun adalah kejohanan hari sukan sekolah. Untuk murid-murid pendidikan khas pula, pada tahun ini telah diadakan aktiviti lari 50m, lompat jauh berpasukan dan larian F1. Aktiviti sukan untuk murid pendidikan khas ini telah diadakan lebih awal pada hari Jumaat(16 Oktober 2015). Pelbagai aksi dan gelagat murid pendidikan khas telah dapat disaksikan sepanjang aktiviti itu dijalankan.







Tuesday, October 13, 2015

Pengorbanan

Walaupun telah 57 tahun kita merdeka, terdapat sekolah yang terletak di pedalaman hutan belantara. Sekolah ini dibina bagi memberi peluang sama rata kepada seluruh rakyat menerima peluang pendidikan. 
   Tidak dapat tidak terdapat para guru yang perlu berkorban mengajar jauh di pedalaman. Pengorbanan mereka ini yang terpaksa meninggalkan keluarga dan masuk ke kawasan pedalaman dengan pelbagai jenis pengangkutan amatlah dihargai.
  Melihat kepada jarak perjalanan dan bentuk muka bumi yang mencabar, terasa begitu mudah bagi kita untuk pergi mengajar ke PPKI SK Bagan Serai setiap pagi. Terasa diri ini bertuah dan begitu mudah untuk mendidik murid pendidikan khas ini yang dekat dengan rumah.
   Tiada kata-kata dapat digambarkan apabila melihat para guru ini berkongsi keadaan susah payah mereka untuk masuk ke pedalaman di laman blog mereka. 
   Syabas dan terima kasih cikgu-cikgu dipedalaman yang sanggup memikul tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa.





Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara 2015

Menurut laman web Kementerian Belia dan Sukan, Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup bagi meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN , meningkatkan PENGETAHUAN dan memberi PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat didalam pembangunan sukan negara. Hari Sabtu Pertama pada setiap bulan November akan dijadikan sebagai Hari Sukan Negara yang akan dilancarkan pada tahun ini.
   Warga PPKI SK Bagan Serai turut bersama-sama menjayakan Hari Sukan Negara 2015 peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti yang dibuat mengikut 8 stesen yang berbeza dengan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan perlu melakukan aktiviti di setiap stesen selama satu minit.
  Menyeronokkan kerana dapat dilakukan bersama-sama warga SK Bagan Serai yang lain. Hasilnya penat, kebas kaki dan kasut serta seluar yang berselut. Tapi objektif utama Hari Sukan negara 2015 ini telah berjaya dicapai dalam suasana yang menyeronokkan walaupun dalam keadaan padang yang becak.
  Selepas itu diadakan pula aktiviti Larian Merentas Desa untuk murid-murid SK Bagan Serai termasuklah untuk murid-murid pendidikan khas. Pelbagai ragam dan aksi dapt dilihat semasa aktiviti larian ini berjalan.








Thursday, October 8, 2015

Taiping With Love..

Pada hari Rabu, 7 Oktober 2015 warga PPKI SK Bagan Serai telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar di Aeon Taiping. Lawatan ini telah dirancang dan diketuai Cikgu Sara agar dapat memberi pendedahan kepada murid-murid istimewa ini.
   Lawatan ke Aeon Taiping dibuat bagi menggantikan lawatan ke kilang Spritzer yang banyak melibatkan aktiviti luar. Dengan masalah jerebu yang tiada penghujungnya lagi, maka Cikgu Sara telah bertungkus lumus untuk mencari alternatif lain bagi menjayakan juga rancangan lawatan itu.
  Akhirnya lawatan ke Aeon Taiping dibuat dengan mengadakan aktiviti tayangan pawagam bagi murid tahap 2 dan aktiviti ke Kidzoona(tempat permainan) bagi murid tahap 1. Murid-murid ini dilihat begitu seronok dalam menjayakan aktiviti tersebut.
   Aktiviti lawatan dilihat mampu memaparkan sisi lain bagi setiap murid ini dan juga interaksi sosial sesama rakan sekolah. Selalunya mereka hanya akan ke pusat membeli belah bersama keluarga. Ada diantara mereka juga yang pertama kali keluar dan merasai pengalaman ini.
  Bagi individu istimewa, perjalanan keluar dari rumah tanpa keluarga dilihat sebagai satu pengalaman besar dalam menentukan kebolehan mereka untuk berdikari kelak terutamanya murid tahap 1 dan yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
  Syabas kepada seluruh warga PPKI SK Bagan Serai diatas kejayaan program lawatan ini dan terima kasih Cikgu Sara serta pasukannya.






 

(Gambar aktiviti menonton filem di pawagam akan diupdate nanti)








Sunday, October 4, 2015

Cuti + Jerebu = Bosan

Pada hari Ahad 4 Oktober, jam 2 petang maka secara rasminya Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa cuti khas sempena jerebu diberikan kepada seluruh sekolah di Malaysia kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan pada hari Isnin (5/10/2015) dan Selasa (6/10/2015).
   Dalam banyak-banyak cuti yang diperolehi, cuti jerebulah yang paling membosankan. Nama je cuti, tapi suasana cuti sangat membosankan dengan keadaan berjerebu. Tak boleh berada dan melakukan aktiviti diluar. Terperap je dalam rumah. Kesian kepada kanak-kanak dan mereka yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma dan lelah.
   Rasa diri macam terkepung dan dipenjara asap putih. Cepatlah jerebu ini berlalu pergi meninggalkan kita agar aktiviti persekolahan dapat dijalankan seperti biasa. Selamat bercuti. Pergilah jauh-jauh jerebu.

(gambar dari ppim4u.blogspot.com)