"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Thursday, October 8, 2015

Taiping With Love..

Pada hari Rabu, 7 Oktober 2015 warga PPKI SK Bagan Serai telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar di Aeon Taiping. Lawatan ini telah dirancang dan diketuai Cikgu Sara agar dapat memberi pendedahan kepada murid-murid istimewa ini.
   Lawatan ke Aeon Taiping dibuat bagi menggantikan lawatan ke kilang Spritzer yang banyak melibatkan aktiviti luar. Dengan masalah jerebu yang tiada penghujungnya lagi, maka Cikgu Sara telah bertungkus lumus untuk mencari alternatif lain bagi menjayakan juga rancangan lawatan itu.
  Akhirnya lawatan ke Aeon Taiping dibuat dengan mengadakan aktiviti tayangan pawagam bagi murid tahap 2 dan aktiviti ke Kidzoona(tempat permainan) bagi murid tahap 1. Murid-murid ini dilihat begitu seronok dalam menjayakan aktiviti tersebut.
   Aktiviti lawatan dilihat mampu memaparkan sisi lain bagi setiap murid ini dan juga interaksi sosial sesama rakan sekolah. Selalunya mereka hanya akan ke pusat membeli belah bersama keluarga. Ada diantara mereka juga yang pertama kali keluar dan merasai pengalaman ini.
  Bagi individu istimewa, perjalanan keluar dari rumah tanpa keluarga dilihat sebagai satu pengalaman besar dalam menentukan kebolehan mereka untuk berdikari kelak terutamanya murid tahap 1 dan yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
  Syabas kepada seluruh warga PPKI SK Bagan Serai diatas kejayaan program lawatan ini dan terima kasih Cikgu Sara serta pasukannya.






 

(Gambar aktiviti menonton filem di pawagam akan diupdate nanti)