"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Sunday, October 18, 2015

Terbaiklah...adik Zamarul dan Cikgu Muiz

Pada 16 dan 17 Oktober 2015 bertempat di SK Titi Serong, telah diadakan Kem Jatidiri Pengakap PPKI Kerian 2015. Pasukan pengakap dari PPKI SKBS telah diwakili oleh Haikal, Fitri, Zamarul dan Solehuddin.
   Cikgu Muiz dari PPKI SK Bagan Serai juga telah dilantik untuk menjadi Kem Komandan semasa kem ini dijalankan. Ini merupakan kali ke dua berturut-turut kem komandan untuk Kem Jatidiri Pengakap PPKI Kerian dari SK Bagan Serai setelah Cikgu Badrul Hisham(sekarang mengajar di SK Sungai Kepar) juga menjadi kem komandan pada tahun lepas.
  Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang kem 2 hari satu malam dilaksanakan. Antaranya ialah mendirikan khemah, LDK, senamrobik, kuliah mahgrib dan solat berjemaah, pertandingan memasak sandwich, dan aktiviti stesen. Penyertaan murid PPKI dari seluruh sekolah di daerah Kerian ini juga amat menggalakkan disamping bantuan dari guru-guru PPKI daerah Kerian.
   Tahniah diucapkan kepada adik Zamarul kerana terpilih sebagai tokoh pengakap sekolah rendah. Beliau juga merupakan ahli pasukan nasyid pasukan Negeri Perak. Diharapkan beliau akan lebih menonjolkan diri lagi dalam pelbagai bidang di masa hadapan kerana PPKI SKBS akan kehilangan ramai permata-permata istimewa yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pada tahun 2016.
   Buat Cikgu Muiz yang mempunyai pelbagai bakat dan kepimpinan yang tinggi, teruskan usaha dalam menjadi guru pendidikan khas yang terbaik(sehingga peringkat kebangsaan pula) dalam berkongsi idea dan mendidik anak-anak istimewa PPKI SK Bagan Serai. Anda percaya, anda berjaya.PPKI SKBS memang terbaiklah...








0 comments:

Post a Comment