"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Sunday, September 6, 2015

Bermula Semula

Tanpa disedari blog rasmi PPKI SK Bagan Serai kali terakhir ditulis pada bulan Mei 2011. Kekangan masa dan line internet sekolah yang perlahan telah menyebabkan aktiviti penulisan di blog ini terhenti. Namun atas semangat ingin berkongsi aktiviti dan maklumat di PPKI SK Bagan Serai, usaha memulakan semula blog PPKI ini telah diusahakan semula.
            Zaman blog telah lama berlalu digantikan zaman facebook, watsap dan telegram. Namun setiap satu dari teknologi ini ada kebaikan dan keburukannya. Menulis dalam blog dilihat satu cara kekal dalam berkongsi maklumat.Tak terkecuali dengan blog PPKI ini.Semoga bermula semula penulisan ini menjadi catatan sejarah untuk dibaca oleh anak-anak istimewa PPKI SK BAGAN SERAI. Penulisan di dalam blog ni lebih santai dan tidak terlalu formal agar mudah dibaca dan diikuti semua. Terima kasih atas sokongan anda.
         Seringkali kekangan masa, dan talian internet menjadi faktor penghalang dalam meng"update" cerita terbaru PPKI SK Bagan Serai. Namun kehadiran smartphone dewasa ini serta keadaan internet  dari guru sendiri yang lebih stabil dan laju, menjadikan sesuatu penulisan di blog dapat di buat di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
         Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu sesiapa sahaja dalam memanafaatkan teknologi dengan perkongsian maklumat, pengalaman dan gambar. Selamat membaca dan mengikuti perkembangan PPKI SK Bagan Serai.