"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Wednesday, September 9, 2015

Pokok Markisa

Penanaman pokok markisa di tapak kebun PPKI SK Bagan Serai adalah untuk memberikan lanskap pokok menjalar dan berbuah. Setelah memperolehi anak pokok dari Badrul Amin (bekas murid yang kini belajar di SMK Bagan Serai), maka tanaman ini di tanam di tapak kebun dengan merancang untuk dilalukan di atas pergola yang akan di bina kelak.
               Berdasarkan maklukmat dari wikipedia, Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.
               Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii.Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.
              Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
              Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.
             Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.


Pokok Markisa dilalukan di pergola kebun
PPKI SK Bagan Serai

Tempat pokok markisa ditanam di bekas tapak
Pokok Limau Purut yang mati.

Kulup bunga markisa yang baru mekar.

Bunga Markisa yang mekar untuk menjadi buah.
 (gambar dari internet)

Contoh Buah Markisa yang telah masak.
(gambar dari www.fazlisyam.com)

Gambar isi dalam buah markisa apabila masak.
(gambar ihsan dari internet)

Keadaan lanskap pokok markisa yang merimbun
apabila dilalukan di atas pergola.
(gambar ihsan dari internet)