"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Tuesday, September 15, 2015

Lanskap Petanque

Idea berkenaan projek ini hanyalah sebagai usaha untuk mencantikkan lagi lanskap kebun PPKI SK Bagan Serai. Ditambah dari pengalaman saya menjadi JU Bowling Negeri, yang mendapat maklumat langsung dari En Sayuti, Pegawai Kokurikulum Pendidikan Khas JPN Perak. Beliau mengatakan telah lama menjadikan sukan Petanque ini projek perintis dalam mencapai pingat emas dalam karnival Permaianan Pendidikan Khas Kebangsaan.
     Semasa mengadakan aktiviti perkebunan, seringkali masalah tanah kebun mengotori kawasan pendidikan khas. Setelah difikirkan dan dianalisis dari pemerhatian yang dibuat, terdapat pelabagai cara dirasakan sesuai. Antara idea yang telah dibuat ialah membuat laluan berbata di bawah pergola dan mengubah teknik tanaman menggunkan pallet kayu, menanam pokok di dalam relung/ kepok kayu serta meratakan tanah kebun semula dan membuat laluan berbata untuk berkebun.
     Satu cara lagi ialah mewujudkan tapak permainan petanque di hadapan kawasan kebun ini. Dengan cara itu kawasan kebun akan lebih bersih dan kemas kerana kawasan petanque ini dihampar dengan pasir dan batu halus. Ia boleh menjadi serampang dua mata dengan menjadikan kawasan tempat murid dan warga pendidikan khas berlatih petanque serta menjadi lanskap dengan dihiasi pokok bunga di dalam pasu.
   Namun projek ini akan dilaksanakan apabila cuti sekolah yang panjang kerana banyak kerja yang perlu dibuat bagi mencantikkan lagi kebun dan lanskap sekolah.

Kawasan di hadapan tapak kebun(di sebelah kiri gambar)
akan di buat tapak Petanque



Contoh permainan pentanque dan gelanggang yang dimainakan oleh guru.