"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Wednesday, September 30, 2015

Serangan Perosak

Setiap sesuatu yang kita lakukan pasti ada cabaran dan hasil yang akan kita perolehi. Cabaran itu mungkin untuk menguji sejauh mana kekuatan diri kita dalam menghadapi sesuatu masalah. Sekiranya kita dipenuhi ilmu yang penuh didada, pasti cabaran adalah sesuatu yang kita jangkakan dan bersiap sedia untuk menyelesaikannya.
   Bagi aktiviti perkebunan, cabaran yang biasa dihadapi ialah masa dan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Memanglah kalau diikutkan seperti rancangan awal semasa pra-perkebunan, setiap aktiviti pasti mampu disudahkan mengikut masa yang ditetapkan. Namun faktor seperti hujan, kesibukkan dengan aktiviti sekolah, jadual mengajar yang banyak dan pengalaman yang kurang telah menyebabkan masa untuk aktiviti perkebunan mengambil masa yang lebih panjang dari perancangan asal.
   Siapa yang tak suka kiranya kebun yang diusahkan menjadi dengan hasil tanamannya, bersih, kemas dan sistematik. Akan tetapi melaui pengalaman berkebun yang dikutip dari tahun ke tahun, perancangan untuk berkebun menjadi semakin cekap untuk diuruskan.
   Walau bagaimanapun, faktor perosak tanaman adalah sesuatu yang agak baru dihadapi pada tahun ini. Selama ini perosak tanaman boleh dikatakan tiada yang memimbangkan dan boleh diatasi. namun pada tahun ini perosak tanaman boleh dikatakan agak kronik. Pelbagai usaha mendapatkan maklumat dibuat melaui pencarian dan pembacaan di internet.
   Pemerhatian dan anĂ¡lisis juga dibuat mengenai perosak tanaman yang agak berleluasa pada tahun ini agar bersedia menghadapinya di tapak kebun yang baru pada tahun hadapan. Untuk itu beberapa ilmu pengetahuan yang baru diperolehi sedang dan akan digunakan agar dapat membasmi masalah perosak tanaman ini sehingga berjaya.
   Sehingga penulisan ini dibuat, pokok amra teruk diserang ulat dan kumbang pemakan daun hingga habis gondol daun pokok amra yang subur suatu ketika dahulu. Usaha telah diambil untuk memastikan pokok amra ini kembali menghijau dan berbuah dengan jayanya.
   Apa yang penting adalah bersabar dan cuba mengatasinya sebaik mungkin. Sabarjela....