"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Monday, September 14, 2015

Pertandingan Green Fingers oleh UPM

Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia pada bulan April 2015 bertujuan untuk menggalakkan pertanian bandaran dikalangan masyarakat dan murid-murid sekolah.
      Pada awalnya pertandingan ini tidak mendapat sambutan kerana faktor masa pertandingan yang agak singkat. Setelah mendapat arahan daripada pihak PPD Kerian yang mewajibkan seluruh sekolah di kawasan Bagan Serai menyertainya, maka tarikh pertandingan dilanjutkan bagi memberi masa persediaan kepada pihak sekolah.
      Bagi pihak PPKI SK Bagan Serai, saya telah menghadiri beberapa mesyuarat awal mengenai pertandingan tersebut. Secara keseluruhannya idea pertandingan ini diadakan sangat bagus kerana menyemai minat murid-murid dalam bidang pertanian. Pihak UPM juga memberikan tunjuk ajar bagaimana pertandingan ini dijalankan sehingga mengadakan bengkel berkaitan penanaman pokok yang betul melalui pelbagai kaedah tanaman.
       Keputusan akhirnya, PPKI SK Bagan Serai berjaya memeproleh sijil penyertaan dan saguhati RM100. Walaubagaimanapun ia cukup bermakna kerana hasil dari pertandingan ini iaitu hasil tanaman telah berjaya di tuai walaupun menghadapai kekangan masa dengan aktiviti program sekolah yang lain iaitu Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM.