Projek tanaman ini mula dibincangkan bersama guru-guru PPKI SK Bagan Serai pada bulan Mac apabila terdapat lebihan kayu dan pintu dari perobohan dewan utama sekolah. Proses membina pondok cendawan mengambil masa 2 minggu hasil dari bantuan guru dan murid-murid.
Walaubagaimanapun proses kemasukan beg cendawan tertangguh hingga bulan September kerana masalah ani-anai yang perlu di atasi. Namun masalah ini tidak menghalang semangat untuk meneruskan projek cendawan pada masa hadapan. Inisiatif untuk menghadiri kursus tanaman cendawan di luar telah dibuat pada bulan Julai.
Cendawan tiram dalam keadaan asal di pokok yang reput. (gambar dari internet) |
Cendawan tiram dalam beg yang lebih sistematik. (gambar dari internet) |
Pondok Projek Cendawan yang telah siap dibina bulan April 2015. |
Pondok ini sedang mengalami masalah anai-anai yang kronik dan jalan penyelesaian sedang diusahakan. |