Dalam erti kata yang lain ilmu pengetahuan yang cukup dan betul berkenaan sesuatu tanaman yang hendak ditanam perlulah dikuasai terlebih dahulu. Sekiranya kita berminat menanam sesuatu seperti pokok tembikai, maka kita perlu ada pengetahuan mengenai tanaman dan cara penjagaannya. Minat yang mendalam juga membantu kita berusaha bersungguh-sungguh agar tanaman yang kita tanam akan berhasil dan dapat dituai hasilnya.
Terdapat perbezaan teknik tanaman secara komersil berskala besar dan tanaman kecil-kecilan ataupun hobi. Pada masa sekarang sudah banyak kursus-kursus tanaman yang boleh kita hadiri sama ada di agensi-agensi kerajaan, di pihak swasta atau pun pihak persendirian. Melalui kursus yang dihadiri, pesrta didedahkan ilmu pengetahuan dan teknik penjagaan tanaman yang betul dari mereka yang lebih berpengalaman.
Akan tetapi sebetulnya untuk menjadikan tanaman kita berhasil serta dianggap bertangan sejuk, jangan takut mencuba dan mencari maklumat yang kini banyak terdapat di internet. "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Jom berkebun, banyak manafaatnya.