Dari masa ke semasa, penambahbaikkan terhadap kebun dilakukan dari segi jenis tanaman, teknik tanaman dan lanskap tanaman.Dengan minat yang mendalam untuk berbudi pada tanah, aktiviti berkebun ini melibatkan penglibatan murid yang sememangnya suka aktiviti berbentuk fizikal.
Melalui pengalaman dan pembacaan, telah banyak tanaman yang berjaya di tanam di tapak perkebunan ini seperti bendi, cili, jagung, peria katak, timun, petola, tembikai, tomato, terung, tembikai, amra, daun kesom, daun pandan, ulam raja dan pokok kari.
Tidak mudah untuk mengekalkan kesuburan dan hasil yang baik memandangkan waktu untuk berkebun terhad pada masa sekolah. Kekangan ini tidak mematahkan semangat untuk terus mengekalkan tapak perkebunan ini demi pembelajaran terhadap anak-anak murid.
Sememangnya, aktiviti perkebunan ini dilihat mampu memberikan peluang kepada ank murid istimewa memperlihatkan kemampuan mereka. Selain itu aktiviti ini adalah sebagai terapi dengan melihat kehijauan tumbuhan dan sayuran yang hidup.
Pada masa hadapan penggunaan teknologi siraman automatik akan digunakan bagi memudahkan proses pengurusan kebun memandangkan keupayaan murid-murid sedia ada untuk berkebun semakin berkurang. Adalah diharapkan aktiviti berkebun dapat memupuk minat murid istimewa PPKI SK Bagan Serai dan mewujudkan kerjaya mereka di masa hadapan.