Boleh dikatakan cara perjalanan projek ini secara tiba-tiba dari idea Cikgu Yazid. Perbincangan awal dengan saya(Cikgu Hai) dijalankan secara tiba-tiba seminggu sebelum merdeka dan keesokan harinya terus melakukan kerja lapangan.
Tanpa menyediakan kertas kerja secukupnya dan hanya memaklumkan secara lisan kepada Tuan Guru Besar dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Cikgu Norsupiah, kerja-kerja penyediaan tapak dan tong ikan keli serta perpaipan terus dibuat. Kadang-kadang bila semangat terlebih inilah yang berlaku.
Secara umumnya, objektif projek ini adalah untuk memberikan pendedahan, maklumat dan pengalaman kepada anak-anak istimewa PPKI SK Bagan Serai. Dari mula mereka dilibatkan dalam proses pemasangan paip, penyediaan tapak dan pemotongan tong ikan.
Dan setelah melalui pelbagai kerja dilapangan, termasuk perubahan tapak, pada 6.9.2015-Ahad(hari jadi Cikgu Yazid nie), maka siaplah projek ini yang dijangka mengambil masa 3 bulan setengah dalam mendapatkan hasilnya. Cuma tunggu benih anak ikan keli untuk dilepas dan di dijaga sahaja. Semoga projek ini dapat memberikan manafaat kepada warga PPKI Sk Bagan Serai kelak.
|
Tapak asal Projek Ikan Keli |
|
Murid sedang memotong paip |
|
Murid membantu guru menyediakan sistem perpaipan |
|
Murid melihat hasil sistem perpaipan yang betul |
|
Tong air kitar semula untuk projek ikan keli. |
|
Tapak baru Projek Ikan Keli |