Ini menyebabkan apa-apa tindakan dan pemikiran kita, hanyalah melakukan apa yang biasa dibuat dalam kehidupan kita. Contohnya dalam bidang perkebunan. Apabila kita biasa berkebun menanam tanaman yang mudah pada skala yang kecil seperti bendi, cili, kangkung dan tomato , maka pilihan tanaman kita adalah terhad kepada jenis tanaman itu sahaja.
Keadaan ini menyebabkan aktiviti berkebun itu menjadi mudah kerana kita mahir menanam tanaman itu. Kita tahu cara menanam, menjaga serangan serangga perosak, meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kos.
Namun apabila seorang guru akan menanam tanaman yang sama setiap tahun kepada murid, murid tidak akan terdedah kepada jenis tanaman yang berlainan. Pengajaran dan pembelajaran dikebun menjadi begitu membosankan. Murid tiada pengetahuan baru mengenai cara menanam tumbuhan yang lain.
Oleh itu bagi memberikan ilmu pengetahuan yang berbeza kepada guru dan murid PPKI SK Bagan Serai, pelbagai tanaman dan projek cuba dan sedang diusahakan bagi memberikan pengalaman yang berbeza. Projek disini bermaksud menanam sesuatu tanaman seperti tebu sehingga boleh dijual hasilnya dan mendatangkan keuntungan. Tujuan projek tanaman itu adalah selaras dengan dasar matapelajaran KSSR yang ingin memupuk dan mengembangkan bakat keusahawanan dalam diri setiap murid.
Kepelbagaian projek ini dalam skala yang kecil, adalah untuk merangsang minat murid agar dapat melakukan aktiviti perkebunan sendiri di rumah. Antara tanaman yang telah diusahakan adalah peria, petola, timun, kangkung, cili, terung bulat, bayam dan tembikai. Mankala dalam perancangan untuk diusahakan pula ialah projek cendawan, projek ikan keli, projek serai, projek tebu, projek anggur dan projek ayam kampung. Disamping itu tanaman seperti sayur sawi, bendi, kacang panjang dan ulam-ulaman akan cuba juga ditanam untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada murid.
Semua projek yang dirancangkan ini adalah kerana peluang yang diberikan oleh Guru Besar SK Bagan Serai iaitu Tn Haji Hassan Aghare, membenarkan kawasan di sebelah tempat meletak kereta pendidikan khas di belakang digunakan dalam membangunkan tapak kebun PPKI yang baru.
Diharapkan agar tahun 2016 nanti, projek perkebunan di tapak kebun baru nanti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama warga PPKI SK Bagan Serai. Semoga peluang yang diberikan ini, mampu memberikan keuntungan untuk di berikan kembali kepada anak-anak istimewa kita ini dalam pelbagai aktiviti yang lain.
Jom berkebun. Pertanian adalah perniagaan.
Tapak baru kebun PPKI SK Bagan Serai 2016 |
Menanam serai di tapak kebun baru. |
Murid kelas 5 yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah 2016 membantu guru untuk projek serai 2016. |