"Kitalah yang istimewa dihati mereka"

Monday, September 7, 2015

Pergola

Tujuan asal projek ini adalah untuk memberikan suatu sudut lanskap dalam kawasan PPKI SK Bagan Serai. Bertitik tolak dari pengalaman lawatan ke MARDI Cameron Highland pada tahun 2012, saya memikirkan yang projek pergola ini mampu dibina di PPKI SK Bagan Serai.
      Namun pada masa itu, kekangan masa,tenaga dan kewangan membuatkan idea itu terpendam sementara. Walaubagaimanapun setelah diberikan anak pokok markisa yang menjalar oleh bekas murid PPKI SK Bagan Serai iaitu Badrul Amin (kini bersekolah di PPKI SMK Bagan Serai), saya merasakan sesuatu projek perlu dilakukan. Ini kerana hasil maklumat dan pembacaan, pokok markisa merupakan sejenis pokok menjalar yang lebat merimbun sekiranya dilalukan di atas pergola.
      Oleh itu perancangan untuk membuat projek pergola ini di buat seawal bulan Januari 2015 dengan menanm anak pokok markisa di tapak kebun PPKI SK Bagan Serai. Dibantu musim hujan berterusan pada bulan Januari, Febuari dan Mac maka anak pokok ini dilihat cepat membesar dan semakin jauh menjalar.
       Setelah dilihat kawasan menjalar pokok markisa ini semakin jauh, maka suatu perbincangan dengan Cikgu Yazid dibuat untuk memulakan projek pergola. Projek ini dibahagi kepada dua tahap. Tahap pertama (dibuat pada bulan April) adalah membangunkan pergola di kawasan yang sesuai di tapak kebun PPKI SK Bagan Serai. Tahap kedua (dibuat pada bulan September 2015 2015) ialah membuat alas batu-bata pejalan kaki di bahagian bawah pergola.
        Akhirnya projek pergola ini berjaya juga di buat hasil kerjasama semua warga PPKI SK Bagan Serai dan bantuan anak murid istimewa.
   
Keadaan kebun yang lama.

Laluan di bawah pergola yang lama.

Proses menyediakan laluan pejalan kaki berbata bermula.

Cikgu Yazid memberikan tunjuk ajar kepada murid
cara memasang bata.

Pemasangan bata hari ke-2 di laluan pejalan kaki pergola.

Guru Besar SK Bagan Serai,
Tn Haji Hassan melihat kemajuan projek.

Murid membantu Cikgu Yazid dalam
membina pejalan kaki di pergola.

Akhirnya laluan berbata di pergola berjaya disiapkan.

Sudut pandang laluan di pergola, tapak kebun yang baru,
tempat berbasikal yang baru serta tapak projek ikan keli.